November 19, 2013

kau

Untuk yang terakhirnya
Masa kita sudah tiba
Terima kasih dengan semua yang kau curah
Aku terima walau tahu tiada hak yang utama.

Kau--

Hebat ketukan yang kau bunyikan di jiwa
Sehingga bergema seluruh semesta

Jiwa--

Aku punya jiwa
yang kau koyak rabakkan akhirnya
Hanya untuk buktikan kau punya kuasa--

Kuasa menakluk hati aku yang
ampuhnya hanya aku yang jaga

Patah jua dek kerana kau si durjana.

risau bagi mereka

Semua tanyakan aku tentang cinta
Risau kata mereka

Tapi...

Hati aku kata tak apa
Rela berlara
dari jiwa terluka.

Mudah bagi mereka.
Susah dibicara.
Kerna hati ini sering buta
terima cinta yang kononnya ada.

Ahhh...

Dari jiwa dinoda
Aku rela sengsara.

Bukan apa
Aku penat meminta
Penat untuk dikecewa
Untuk yang ke sejuta kalinya.

Sunsad

Hi. How are you? I'm still around. Just not as much. I make some time to declutter older post that seems irrelevant in my life now. I me...